APRIL 2024

Premier Memeriahkan Rumah Terbuka BDA


BINTULU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memeriahkan Majlis Ramah Tamah anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bertempat di Naim Paragon Street Mall hari ini.

Sebanyak 32 gerai makan menyajikan pelbagai juadah raya kepada para tetamu yang hadir.

Terdahulu, dalam majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian sumbangan masing-masing sebanyak RM5,000 daripada BDA kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Bintulu dan Pusat Latihan Dalam Komuniti Gemilang.

Lokasi Naim Paragon Street Mall dibanjiri oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama memeriah sambutan Hari Raya BDA hari ini. 

Hadir sama dalam majlis itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan serta tetamu kenamaan lain.